KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat sektor pembuatan yang tidak disenaraikan dalam sektor perkhidmatan perlu di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2 dibenarkan beroperasi pada kadar kapasiti berdasarkan tahap peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap.
Manakala syarikat-syarikat sektor pembuatan yang disenaraikan dalam sektor perkhidmatan perlu di kawasan PPN Fasa 1, 2 dan 3 pula dibenarkan untuk meningkatkan kapasiti berdasarkan tahap peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan pada Ahad.
Selain itu, syarikat juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus jika 40 hingga 59 peratus pekerja lengkap vaksinasi. Manakala 80 peratus kapasiti jika 60 hingga 79 peratus pekerja lengkap vaksinasi.
Bagi syarikat yang mencapai 80 hingga 100 peratus pekerja lengkap divaksinasi pula dibenarkan beroperasi 100 peratus kapasiti.
"Syarikat perlu membuat pengisytiharan kadar vaksinasi lengkap pekerja yang sebenar di sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.
"Selepas pengisytiharan, syarikat boleh secara terus memuat turun surat kelulusan beroperasi yang baharu. Akses ke CIMS 3.0 untuk pengisytiharan ini adalah terhad kepada sektor pembuatan sahaja," jelas kenyataan itu.
BACA: Fasa 1 PPN: Kerajaan setuju buka 11 sektor ekonomi mulai 16 Ogos
BACA: Fasa 2 PPN: 11 lagi sektor ekonomi dibuka pada 16 Ogos - PM Muhyiddin
Manakala pengesahan mengenai kadar vaksinasi pekerja akan dibuat melalui semakan dengan pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Lawatan verifikasi secara berkala turut akan dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa ke atas syarikat-syarikat sektor pembuatan.
Setiap syarikat juga diwajibkan untuk melaksanakan ujian RTK Antigen yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sebagai tambahan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada, syarikat-syarikat adalah diwajibkan untuk melaksanakan Ujian RTK Antigen.
"Sepertimana yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kaedah ujian kendiri atau di fasiliti kesihatan, setiap dua minggu bagi pekerja yang hadir ke premis sebagai langkah proaktif untuk mengekang penularan COVID-19 di kalangan pekerja," jelas kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, setiap syarikat juga diminta mematuhi SOP sedia ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan lain-lain yang diwajibkan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan telah bersetuju untuk membuka 11 aktiviti ekonomi termasuk sektor pembuatan bermula 16 Ogos 2021.
Ia terpakai kepada semua syarikat di bawah negeri Fasa 1, 2 dan 3 PPN seluruh negara.
Keputusan itu dibuat selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memperlihatkan kejayaan dalam mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok.
Fareez Azman
Sun Aug 15 2021
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan syarikat-syarikat sektor pembuatan dibenarkan beroperasi mulai 16 Ogos 2021 dengan kapasiti bergantung kepada kadar lengkap vaksinasi pekerja. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Pegawai MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Bertauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.